Mengenali Aquascape
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai hobi yang jarang2 dikenali oleh orang ramai. Hobi tersebut ialah bernama Aquascape atau pun menanam tumbuhan akuatik didalam air. Aquascape kalau x silap saya telah lama diasaskan dan telah popular diluar negara, antaranya tokoh yang terkenal ialah Takashi Amano dari Jepun, beliau merupakan seorang desingner dan fotographer. Beliau sememangnya amat meminati bidang ini dan bergiat aktif sehingga menggeluarkan jenama beliau sendiri yang amat dikenali oleh peminat aquascape iaitu ADA (Aquascape Design Amano). Aquascape ialah hobi yang menanam pokok didalam air supaya menjadi sebuah ekosistem diantara flora dan fauna.
Bidang aquascape ini sebenarnya begitu luas dan terdapat pelbagai jenis iaitu Dutch style, Iwagumi, Nature style dan Jungle style. Keempat-empat jenis ini mempunyai perbezaan dari jenis susunan batu, pokok, kayu dan sebagainya.
Dutch Style.
Jenis dutch style merupakan yang tertua sekali telah digunakan dalam hobi aquascape ini, ianya diperkenalkan di Belanda pada tahun 1930. Dutch style sebenarnya tidak memerlukan penggunaan kayu atau batu yang banyak dan mungkin hanya sedikit sahaja digunakan. Tanah merupakan elemen utama yang digunakan dalam Dutch style. Pemilihan pokok akuatik yang berwarna-warni menjadi elemen utama, ditambah dengan kedudukan pokok yang ditanam menggikut kreativiti peminat supaya dapat menyerlahkan landskap didalam akuarium. Pokok akuatik yang sering digunakan dalam Dutch style ialah dari jenis keratan batang atau dikenali 'stem' sebagai contoh Rotala macrandra, Cabomba caroliana, Mayaca fluviatilis dan pelbagai lagi jenis tumbuhan akuatik yang lain. Dutch style memerlukan kretiviti yang begitu tinggi untuk mengghasilkanya, pokok akan ditanam dengan agak rapat supaya ruang didalam akurium akan kelihatan padat dengan pelbagai jenis pokok akuatik yang berwarna-warni.
Berikut merupakan contoh Dutch style:
Iwagumi style.
Jenis Iwagumi style telah diperkenalkan oleh Takashi Amano dari Jepun yang memaparkan keindahan seperti seakan-akan gunung-ganang melalui konsep aquascape. Elemen utama yang digunakan dalam penghasilan Iwagumi style ialah susnan batuan yang disusun dengan kreatif supaya lebih menyerlah. Saiz batu juga amat penting dalam memainkan peranan untuk menghasilkan sebuah landskap yang lebih menarik didalam akuarium. Tumbuhan akuatik seperti dwarf hairgrass, dan monte carlo sesuai digunakan untuk memenuhi tanah supaya menjadi carpet untuk istilah mudahnya. Selain dari batu dan tumbuhan ikan juga memainkan peranan dalam Iwagumi style, ini kerana kewujudan ikan dalam Iwagumi style bukan sahaja menambahkan co2 malahan seakan-akan burug yang terbang. 'Macam pemandangan kat gunung-ganag pastu ada sekumpulan burung terbang' pada pandangan saya. Jenis ikan yang sesuai dipelihara didalam Iwagumi style ialah dari jenis berkumpulan seperti yang popular digunkan ialah Neon tetra.
Berikut antara contoh Iwagumi style:
Jungle style.
Konsep Jungle style ialah untuk menghasilkan suasana sebenar tumbuhan dan ikan didalam sungai. Penghasilan konsep Jungle Style dilihat seakan-akan Dutch style iaitu menggunakan banyak tumbuhan untuk ditanam. Terdapat beberapa elemen utama yang selalu digunakan oleh peminat aquascape dalam membuat konsep ini antaranya penggunaan kayu, tanah, pasir dan batu. Seperti yang kita lihat didalam sungai dimana terdapat banyak kayu dan pokok yang hidup secara meliar. Konsep Nature style ingin mengetengahkan keadaan sebenar didalam sungai dengan pelbagai tumbuhan seperti didalam sungai Amazon yang kaya dengan pelbagai hidupan didalam sungai. Pokok yang popular digunakan ialah dari jenis Java vern iaitu tumbuhan yang akarnya diikat pada kayu atau batu. Tumbuhan seperti ini tidak sesuai ditanam kedalam tanah berbanding tumbuhan jenis 'stem'.
Ini antara contoh Jungle style:
Nature Style.
Konsep Nature style agak popular dikalangan peminat aquascape diseluruh dunia. Nature style menggambarkan suasana seperti pemandangan didalam hutan hujan, kawasan lembah dan sebagainya. Penggunaan elemen seperti kayu dan batu digunakan supaya dapat menghasilkan gambaran pemandangan yang lebih menarik. Kebanyakan peminat aquasape akan menyusun kayu secara menegak supaya kelihatan seperti sebatang pokok, dan menggunakan pasir putih untuk dijadikan seakan-akan sebuah sungai yang menggalir.
Contoh Nature style:
Berikut antara perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda mengenai hobi aquascape. Hobi ini memerlukan kesabaran yang begitu tinggi dalam penghasilannya untuk mendapatkan landskap yang menarik. Pemikiran yang kreatif dalam meletak sesuatu seperti batu dan kayu akan menghasilkan suasana yang begitu menarik dan tenang.
Sesungguhnya kita perlulah menggagumi keindahan alam sekitar kita, ini kerana ianya datang dari kekuasaan Allah S.W.T juga.
Wassalam.....













No comments:
Post a Comment