Tuesday, 17 January 2017

Assalammualaikum w.b.t dan selamat datang kepada anda...




ANUBIAS 



Hari ini admin akan berkongsikan mengenai pokok akuatik yang dikenali sebagai anubias. Pokok anubias sebenarnya berasal dari Afrika, ianya tumbuh dikawasan sungai dan jeram. Anubias begitu dikenali oleh para penggemar aquascape. Selain itu, bagi individu yang beru berjinak dalam hobi aquascape pokok Anubias amat sesuai sebagai permulaan kerana kos penjagaannya tidaklah mahal dan tidak rumit. Tumbuhan ini amat tahan lasak berbandig dengan tumbuhan yang lain, Anubias mempunyai daun yang berwarna hijau yang cantik. Terdapat pelbagai spesis Anubias yang terdapat dihabitat liar. Pada hari ini saya akan berkongsikan secara umum sahaja mengenai pokok ini.

(Gambar diatas menunjukkan habitat pokok anubias di habitat liar)






Penjagaan pokok Anubias begitu mudah sekali, pokok ini tidak memerlukan cahaya yang tinggi, kurang memerlukan co2, dan boleh diikat pada batu atau kayu. Tumbuhan ini boleh dikelaskan dalam tumbuhan jenis low tech. Ini bermaksud Anubias boleh hidup dengan jumlah cahaya dan nutrien yang rendah. Menggikut penggalaman saya, Anubias boleh hidup dengan mudah. Hanya perlu letak sahaja didalam akuarium anda walaupun cahaya yang kurang dan tiada co2 tetapi ianya mudah untuk hidup. 







Cara untuk menanam Anubias begitu mudah sekali. Pertama sekali bagi sesiapa yang ingin memotong pokok ini untuk mendapat cambahan yang lain pastikan pokok Anubias anda boleh dikatakan tidak terlalu kecil, seterusnya potong pada bahagian batang atau dikenali sebagai rhizome pokok. Pastikan pada bahagian rhizome pokok anda yang hendak dipotong pada bahagian yang lain mempunyai akar (tidaklah nak banyak sangat) dan daun tidak kira kecil atau besar (pada pandangan saya ianya akan mempercepatkan tumbuhan pokok kerana proses fotosintesis boleh berlaku terus, pada pandangan saya shaja... kerana saya bukan pakar.. hehe.:D..ok. Setelah selesai dipotong maka siap sudah pokok anda, pokok anda boleh terus di ikat pada batu,kayu dan juga boleh untuk ditanam pada tanah tetapi pastikan rhizome pokok berada diatas tanah dan bukan didalam tanah. Saya selalu kalau tidak mahu ikat di kayu atau batu saya akan gunakan span sebagai ganti itu kira bukanlah untuk diletak ke akuarium tetapi untuk semai pokok yang lain. Tahap pertumbuhan pokok ini tidaklah begitu pantas, boleh dikatakan agak perlahan. Tetapi dalam seminggu ada la nampak satu atau dua tunas ianya bergantug kepada pokok juga tahap tumbesarannya. 




(Gambar diatas menunjukkan rhizome pokok)




(Gambar diatas menunjukkan tempat yang boleh dipotong untuk pokok Anubias)






Begitulah sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda semua mengenai pokok Anubias. Kesimpulannya kita perlulah mengagumi akan kekuasaan Allah yang telah menciptakan pelbagai jenis hidupan diatas muka bumi ini dengan begitu indah sekali.

Sekian wassalam...



Sunday, 15 January 2017

Assalammualaikum w.b.t dan selamat datang kepada anda....




IKAN LAGA


Untuk pengetahuan semua ikan laga tinggal dikawasan berair seperti dikawasan sawah padi dan berpaya yang tidak mempunyai aliran air yang deras. Umumnya habitat ikan laga banyak terdapat dikawasan asia tenggara seperti di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ikan laga memrupakan antara ikan yang begitu lasak dan tidak memerlukan keperlua yang begitu rumit seperti ikan-ikan lain. Karakter ikan laga ialah bersifat kewilayahan bagi yang jantan,secara umum ikan laga jantan akan menyerang ikan laga lain yang memasuki wilayahnya. Walaubagaimanapun, berbeza pula dengan ikan laga betina, karakter ikan laga betina lebih bersifat 'friendly' nak mudah faham ialah mudah untuk bercampur diantara satu-sama lain dan tidak mempunyai sifat kewilayahan.

contoh keadaan sebuah akuarium yang mempunyai ikan laga.








JENIS - JENIS IKAN LAGA.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ikan laga yang pelbagai bentuk dan warna yang boleh kita lihat samaada di kedai-kedai ikan atau di habitat mereka.

Berikut ialah jenis-jenis ikan laga yang popular:





LONG TAIL BETTA


Ikan laga jenis ini mempunyai ekor yang panjang dibahagian belakang badannya. Ikan laga jenis ini mudah didapati dikedai-kedai ikan kerana harganya yang tidak terlalu tinggi dan amat sesuai untuk individu yang pertama kali ingin membela ikan laga.





VEILTAIL BETTA


Ikan laga jenis veiltail pula seakan-akan seperti jenis long tail, tetapi perbezaannya ialah ekornya lebih pendek berbanding ikan laga jenis long tail. Spesis ini juga amat mudah didapati dikedai-kedai ikan dan juga sesuai untuk individu yang pertama kali ingin mencuburi hobi membela ikan laga.





CROWNTAIL BETTA



Spesis ikan laga crowntail pula mempunyai perbezaan yang begitu ketara antara jenis ikan laga yang lain. Bentuk ekornya yang cantik seperti seakan-akan mahkota yang terdapat pada bahagian ekornya(pada pandangan saya) ianya merupakan elemen utama yang dapat kita bezakan antara spesis yang lain.





HALF MOON BETTA


Seterusnya spesis ikan laga half moon. Spesis ini mempunyai ekor yang mengembang seakan separuh bulan penuh. Spesis ini juga amat diminati oleh penggumpul koleksi ikan laga, malahan ekornya akan kelihatan lebih cantik apabila dikembangkan oleh ikan laga tersebut.





PLAKAT BETTA


Spesis ikan laga plakat pula amat mudah untuk dikenali, ekornya lebih pendek dan mempunyai sirip yang panjang dibahagian bawahnya. Spesis ikan laga plakat juga amat diminati oleh peminat ikan laga, ini kerana bentuknya yang begitu cantik apabila ia mengembangkan badanya.








Berikut merupakan perkongsian saya berkaitan jenis ikan laga, terdapat pelbagai spesis ikan laga yang boleh anda lihat dikedai ikan, pameran ikan laga ataupun di habitat liar. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambah ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya kita seharusnya menggagumi akan keindahan haiwan yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T disekeliling kita.







Saturday, 14 January 2017

Assalammualaikum w.b.t dan selamat datang kepada anda semua.....


Mengenali Aquascape

 Hari ini saya ingin berkongsi mengenai hobi yang jarang2 dikenali oleh orang ramai. Hobi tersebut ialah bernama Aquascape atau pun menanam tumbuhan akuatik didalam air. Aquascape kalau x silap saya telah lama diasaskan dan telah popular diluar negara, antaranya tokoh yang terkenal ialah Takashi Amano dari Jepun, beliau merupakan seorang desingner dan fotographer. Beliau sememangnya amat meminati bidang ini dan bergiat aktif sehingga menggeluarkan jenama beliau sendiri yang amat dikenali oleh peminat aquascape iaitu ADA (Aquascape Design Amano). Aquascape ialah hobi yang menanam pokok didalam air supaya menjadi sebuah ekosistem diantara flora dan fauna.


Bidang aquascape ini sebenarnya begitu luas dan terdapat pelbagai jenis iaitu Dutch style, Iwagumi, Nature style dan Jungle style. Keempat-empat jenis ini mempunyai perbezaan dari jenis susunan batu, pokok, kayu dan sebagainya.




Dutch Style.

 Jenis dutch style merupakan yang tertua sekali telah digunakan dalam hobi aquascape ini, ianya diperkenalkan di Belanda pada tahun 1930. Dutch style sebenarnya tidak memerlukan penggunaan kayu atau batu yang banyak dan mungkin hanya sedikit sahaja digunakan. Tanah merupakan elemen utama yang digunakan dalam Dutch style. Pemilihan pokok akuatik yang berwarna-warni menjadi elemen utama, ditambah dengan kedudukan pokok yang ditanam menggikut kreativiti peminat supaya dapat menyerlahkan landskap didalam akuarium. Pokok akuatik yang sering digunakan dalam Dutch style ialah dari jenis keratan batang atau dikenali 'stem' sebagai contoh Rotala macrandra, Cabomba caroliana, Mayaca fluviatilis dan pelbagai lagi jenis tumbuhan akuatik yang lain. Dutch style memerlukan kretiviti yang begitu tinggi untuk mengghasilkanya, pokok akan ditanam dengan agak rapat supaya ruang didalam akurium akan kelihatan padat dengan pelbagai jenis pokok akuatik yang berwarna-warni.

Berikut merupakan contoh Dutch style:

   








Iwagumi style.

 Jenis Iwagumi style telah diperkenalkan oleh Takashi Amano dari Jepun yang memaparkan keindahan seperti seakan-akan gunung-ganang melalui konsep aquascape. Elemen utama yang digunakan dalam penghasilan Iwagumi style ialah susnan batuan yang disusun dengan kreatif supaya lebih menyerlah. Saiz batu juga amat penting dalam memainkan peranan untuk menghasilkan sebuah landskap yang lebih menarik didalam akuarium. Tumbuhan akuatik seperti dwarf hairgrass, dan monte carlo sesuai digunakan untuk memenuhi tanah supaya menjadi carpet untuk istilah mudahnya. Selain dari batu dan tumbuhan ikan juga memainkan peranan dalam Iwagumi style, ini kerana kewujudan ikan dalam Iwagumi style bukan sahaja menambahkan co2 malahan seakan-akan burug yang terbang. 'Macam pemandangan kat gunung-ganag pastu ada sekumpulan burung terbang' pada pandangan saya. Jenis ikan yang sesuai dipelihara didalam Iwagumi style ialah dari jenis berkumpulan seperti yang popular digunkan ialah Neon tetra.

Berikut antara contoh Iwagumi style:










Jungle style.

 Konsep Jungle style ialah untuk menghasilkan suasana sebenar tumbuhan dan ikan didalam sungai. Penghasilan konsep Jungle Style dilihat seakan-akan Dutch style iaitu menggunakan banyak tumbuhan untuk ditanam. Terdapat beberapa elemen utama yang selalu digunakan oleh peminat aquascape dalam membuat konsep ini antaranya penggunaan kayu, tanah, pasir dan batu. Seperti yang kita lihat didalam sungai dimana terdapat banyak kayu dan pokok yang hidup secara meliar. Konsep Nature style ingin mengetengahkan keadaan sebenar didalam sungai dengan pelbagai tumbuhan seperti didalam sungai Amazon yang kaya dengan pelbagai hidupan didalam sungai. Pokok yang popular digunakan ialah dari jenis Java vern iaitu tumbuhan yang akarnya diikat pada kayu atau batu. Tumbuhan seperti ini tidak sesuai ditanam kedalam tanah berbanding tumbuhan jenis 'stem'.

Ini antara contoh Jungle style:









Nature Style.

 Konsep Nature style agak popular dikalangan peminat aquascape diseluruh dunia. Nature style menggambarkan suasana seperti pemandangan didalam hutan hujan, kawasan lembah dan sebagainya. Penggunaan elemen seperti kayu dan batu digunakan supaya dapat menghasilkan gambaran pemandangan yang lebih menarik. Kebanyakan peminat aquasape akan menyusun kayu secara menegak supaya kelihatan seperti sebatang pokok, dan menggunakan pasir putih untuk dijadikan seakan-akan sebuah sungai yang menggalir.

Contoh Nature style:










 Berikut antara perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda mengenai hobi aquascape. Hobi ini memerlukan kesabaran yang begitu tinggi dalam penghasilannya untuk mendapatkan landskap yang menarik. Pemikiran yang kreatif dalam meletak sesuatu seperti batu dan kayu akan menghasilkan suasana yang begitu menarik dan tenang.
 Sesungguhnya kita perlulah menggagumi keindahan alam sekitar kita, ini kerana ianya datang dari kekuasaan Allah S.W.T juga.

Wassalam.....