ANUBIAS
Hari ini admin akan berkongsikan mengenai pokok akuatik yang dikenali sebagai anubias. Pokok anubias sebenarnya berasal dari Afrika, ianya tumbuh dikawasan sungai dan jeram. Anubias begitu dikenali oleh para penggemar aquascape. Selain itu, bagi individu yang beru berjinak dalam hobi aquascape pokok Anubias amat sesuai sebagai permulaan kerana kos penjagaannya tidaklah mahal dan tidak rumit. Tumbuhan ini amat tahan lasak berbandig dengan tumbuhan yang lain, Anubias mempunyai daun yang berwarna hijau yang cantik. Terdapat pelbagai spesis Anubias yang terdapat dihabitat liar. Pada hari ini saya akan berkongsikan secara umum sahaja mengenai pokok ini.
(Gambar diatas menunjukkan habitat pokok anubias di habitat liar)
Penjagaan pokok Anubias begitu mudah sekali, pokok ini tidak memerlukan cahaya yang tinggi, kurang memerlukan co2, dan boleh diikat pada batu atau kayu. Tumbuhan ini boleh dikelaskan dalam tumbuhan jenis low tech. Ini bermaksud Anubias boleh hidup dengan jumlah cahaya dan nutrien yang rendah. Menggikut penggalaman saya, Anubias boleh hidup dengan mudah. Hanya perlu letak sahaja didalam akuarium anda walaupun cahaya yang kurang dan tiada co2 tetapi ianya mudah untuk hidup.
Cara untuk menanam Anubias begitu mudah sekali. Pertama sekali bagi sesiapa yang ingin memotong pokok ini untuk mendapat cambahan yang lain pastikan pokok Anubias anda boleh dikatakan tidak terlalu kecil, seterusnya potong pada bahagian batang atau dikenali sebagai rhizome pokok. Pastikan pada bahagian rhizome pokok anda yang hendak dipotong pada bahagian yang lain mempunyai akar (tidaklah nak banyak sangat) dan daun tidak kira kecil atau besar (pada pandangan saya ianya akan mempercepatkan tumbuhan pokok kerana proses fotosintesis boleh berlaku terus, pada pandangan saya shaja... kerana saya bukan pakar.. hehe.:D..ok. Setelah selesai dipotong maka siap sudah pokok anda, pokok anda boleh terus di ikat pada batu,kayu dan juga boleh untuk ditanam pada tanah tetapi pastikan rhizome pokok berada diatas tanah dan bukan didalam tanah. Saya selalu kalau tidak mahu ikat di kayu atau batu saya akan gunakan span sebagai ganti itu kira bukanlah untuk diletak ke akuarium tetapi untuk semai pokok yang lain. Tahap pertumbuhan pokok ini tidaklah begitu pantas, boleh dikatakan agak perlahan. Tetapi dalam seminggu ada la nampak satu atau dua tunas ianya bergantug kepada pokok juga tahap tumbesarannya.
(Gambar diatas menunjukkan rhizome pokok)
(Gambar diatas menunjukkan tempat yang boleh dipotong untuk pokok Anubias)
Begitulah sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda semua mengenai pokok Anubias. Kesimpulannya kita perlulah mengagumi akan kekuasaan Allah yang telah menciptakan pelbagai jenis hidupan diatas muka bumi ini dengan begitu indah sekali.
Sekian wassalam...
























